Tuesday 30 July 2013

PEMVERIFIKASIAN PENARAFAN KENDIRI SPSK SEKOLAH MENENGAH 2013

       Pada 30 Julai 2013 sekolah telah didatangi oleh tiga orang verifakator SPSK iaitu Encik Kamil Firdaus Bin Tarmizi dari SMK Taman Damansara Aliff, Puan Roziah Binti Abu Bakar dari SMK Taman Tun Aminah dan Puan Azizah Binti Hashim dari SMK Sri Rahmat bagi melakukan Pemverifikasian Penarafan Kendiri SPSK Sekolah Menengah 2013.
       SPSK merupakan satu sistem pengurusan kualiti yang mengikut tatacara sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2008 yang komited untuk meningkat dan memantapkan PEMBELAJARAN dan PENGAJARAN ( P dan P ) yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan.
       Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian verifikator untuk menjalankan pemantauan di sekolah ini.

















Monday 22 July 2013

PINDAAN CUTI BERGANTI

!!PINDAAN!!
MAKLUMAN CUTI BERGANTI :

1)SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI 2013
Tarikh Cuti : 04.11.2013
Tarikh Ganti : 20.07.2013 (Jadual Isnin)

2)SAMBUTAN HARI RAYA AIDLFITRI 2013
Tarikh Cuti : 05.08.2013
**Tarikh Ganti : TIADA (CUTI PERISTIWA)**

Tarikh Cuti : 06.08.2013
Tarikh Ganti : 24.08.2013 (Jadual Selasa) 7:20pg-1:50ptg

Sila hadir ke sekolah seperti yang telah ditetapkan.






PINDAAN CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2013



Friday 19 July 2013

MAKLUMAN CUTI BERGANTI

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah ini telah memohon Cuti Berganti bagi Perayaan Hari Deepavali 2013 dan Hari Raya Aidilfitri 2013.

1)SAMBUTAN PERAYAAN HARI DEEPAVALI 2013
Tarikh Cuti : 04.11.2013
Tarikh Ganti : 20.07.2013 (Jadual Isnin)

2)SAMBUTAN HARI RAYA AIDLFITRI 2013
Tarikh Cuti : 05.08.2013
Tarikh Ganti : 27.07.2013 (Jadual Isnin) 7:20pg-1:50ptg

Tarikh Cuti : 06.08.2013
Tarikh Ganti : 24.08.2013 (Jadual Selasa) 7:20pg-1:50ptg

Sila hadir ke sekolah seperti yang telah ditetapkan. :)



CUTI BERGANTI PERAYAAN HARI DEEPAVALI 2013









CUTI BERGANTI PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2013



Sunday 14 July 2013

Peta ke SMK Majidi Baru 2

LIHAT PETA

SMK Majidi Baru 2, Jalan Kangkar Tebrau Lama, 81200 Johor Bahru
-  Bersebelahan Ibu Pejabat Bomba Johor
- Berhampiran Pasar Borong Pandan, Kampung Seri Purnama, Kampung Ubi Baharu, Kawasan Perindustrian Dewani

Wednesday 10 July 2013

Majlis Ramah Mesra (Hari Terbuka)

Majlis ini telah berjaya dilaksanakan pada 9 Julai 2013. Alhamdulillah, 50% ibu bapa hadir dalam majlis ini, bertemu dengan guru kelas anak masing-masing, pentadbir, kaunselor dan guru disiplin bagi membincangkan prestasi anak masing-masing. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil. Klik SINI untuk lihat album penuh.






Wednesday 3 July 2013

Kejohanan Balapan & Padang Sekolah Kali Pertama Tahun 2013

     Buat julung-julung kalinya SMK Majidi Baru 2 telah berjaya menjalankan Kejohanan Balapan & Padang Kali Pertama Tahun 2013 pada 3 Julai 2013 dan dirasmikan dengan jayanya oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SMK Majidi Baru 2 iaitu Encik Shamshir Bin Shamsudin yang merupakan YDP PIBG pertama.
Bacaan doa oleh Ustaz Khairul Abidin
Ucapan aluan-aluan oleh Tuan Pengetua

Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG








Gambar penuh sepanjang kejohanan boleh lihat di facebook SMK Majidi Baru 2

Rangkuman video Kejohanan Balapan Dan Padang Kali Pertama Tahun 2013. 
Tahniah kepada semua pemenang dan rumah sukan! 
Syabas kepada semua warga SMK Majidi Baru 2 yang bertungkus-lumus menjayakan kejohanan tersebut!