Lencana SMK Majidi Baru 2 telah dicipta oleh Puan Ruzila binti Bajuri, Ketua Bidang Kemanusiaan dan hasil perbincangan bersama dalam Mesyuarat Pengurusan Sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua, Tuan Haji Shaharuddin bin Saari.
Keterangan Lencana :
1. Hijau : Lambang kedamaian dan pemeliharaan alam semula jadi yang tidak dilupakan dalam mengejar kemajuan.
2. Kuning : Lambang penghormatan, kesetiaan dan kebanggaan kepada Raja Berpelembagaan
3. Biru : Melambangkan keharmonian, kedamaian dan ketenteraman hidup rakyat Malaysia berbilang kaum
4. Merah : Melambangkan keberanian, kesungguhan dan kegigihan dalam menghadapai cabaran zaman.
5. Imej Mata Pena : Melambangkan era digital dan teknologi moden, pemuafakatan dalam pengurusan warga sekolah.
6. Mercu Segi Tiga Biru : Melambangkan segala aktiviti yang dijalankan di sekolah ini adalah menuju ke satu arah iaitu kecemerlangan pendidikan secara menyeluruh.
7. Angka 2013 : Lambang detik bersejarah pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru 2.
8. Buku Terbuka : Melambangkan betapa pentingnya menuntut ilmu untuk sesuatu kemajuan dan sekolah sebagai sumber pengetahuan.
9. Komputer : Memberi pengertian terhadap kecanggihan teknologi masa kini serta dunia yang sedang menuju ke arah globalisasi. Sekolah ini juga tidak ketinggalan untuk menggunakan dan mengaplikasikan teknologi yang ada dalam sesi pengajaran dan pembelajaran disamping melicinkan urusan pentadbiran sekolah.
10. Glob Bumi : Segala bentuk hasil menitik beratkan kepada kualiti yang bertaraf glokal di mana nilai-nilai berfikir secara global bertindak secara lokal.
11. Moto Maju Berilmu : Adalah dua patah kata yang menjadi teras dan mendasari bidang pendidikan agar terus berkembang maju dan dapat melahirkan generasi yang sayang dan cintakan ilmu serta menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
12. Trek Kuning : Melambangkan kepentingan kegiatan Kokurikulum
13. Bentuk Delay Berwarna Hijau : Melambangkan kesegaran minda, fizikal, emosi dan rohani warga sekolah.
0 comments :
Post a Comment