Tuesday 25 June 2013

                         MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
                       SMK MAJIDI BARU 2, JOHOR BAHRU KALI PERTAMA TAHUN 2013

Alhamdulillah kesyukuran yang setinggi-tingginya dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya buat julung kalinya Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SMK Majidi Baru 2, Johor Bahru dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Seawal jam 8.00 pagi 22.06.2013 meja pendaftaran telah diserbu oleh ibu bapa murid. Guru-guru yang dedikasi dan manis setia menanti untuk menyambut kedatangan ibu bapa penjaga murid. Sekalung tahniah diucapkan kepada ibu bapa yang sanggup meluangkan masa untuk menjenguk SMKMB2 yang menjadi tempat anak-anak mereka menuntut ilmu dan kemahiran.

Para hadirin dijamu dengan sarapan pagi yang menyelerakan di kantin sekolah. Majlis ucapan dimulakan dengan perkongsian maklumat yang disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Shaharuddin bin Saari Pengetua SMKMB2, kemudian diikuti oleh perkongsian maklumat oleh Tuan Haji Kedah bin Ali Guru Kaunselor sekolah.

Mesyuarat Agung PIBG dimulakan dengan dipengerusikan oleh Pengerusi Penaja PIBG SMKMB2 En. Shamsir bin Shamsuddin. Alhamdulillah Mesyuarat Agung berjalan lancar dalam suasana yang harmonis dan penuh mesra. En. Shamsir bin Shamsuddin telah dipilih sebagai Yang Di Pertua PIBG SMKMB2 yang pertama. Tahniah diucapkan kepada beliau dan semua yang mengambil bahagian dalam menjayakan mesyuarat kali ini.

Jam menunjukkan pukul 11.00 pagi, tetamu VIP yang dinanti-nantikan telah tiba, Yang Berbahagia Tuan Haji Amin bin Haji Anis, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Khas dan Swasta Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang akan merasmikan mesyuarat PIBG kali ini. Ketibaan beliau disambut dengan paluan kompang yang dipersembahkan oleh kumpulan kompang pelajar SMKMB2. Di dewan perasmian beliau disambut dengan persembahan sajak dan tarian oleh pelajar tingkatan 1 dan 2 SMKMB2. Sekalung tahniah untuk guru-guru pembimbing.

Majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG berjalan dengan lancar dalam suasana yang penuh muhibbah dan santai. Tepat jam 12.00 tengahari Mesyuarat Agung PIBG SMKMB2 kali pertama tahun 2013 selesai dengan gemilang dan jayanya. Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan majlis yang amat bermakna ini. Moga kerjasama yang baik ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang in sya Allah. Semoga kita semua dalam peliharaan Allah dan rahmat-Nya. Amin
Barisan VIP dari kiri Tuan Haji Shaharuddin bin Saari (pengetua SMKMB2), Tuan Haji Amin bin Anis(Ketua Sektor Pendidikan Khas dan Swasta JPN Johor sebagai perasmi) dan En. Shamsir bin Shamsuddin (YDP PIBG SMKMB2)

Laporan disediakan oleh: Ust. Mohd Ruslami bin Mohd Salleh

Sunday 16 June 2013

Perhimpunan Rasmi Beruniform

Perhimpunan Rasmi Beruniform akan diadakan pada setiap Isnin minggu ketiga. Semua guru dan pelajar akan memakai pakaian unit beruniform dan perhimpunan dikendalikan oleh Unit Beruniform tertentu secara bergilir.












Kursus Bayu Motivasi Pelajar Kanan Tingkatan 4

Kursus ini telah dijalankan pada 14 Jun 2013 hingga 15 Jun 2013. Seramai 38 pelajar Tingkatan 4 telah hadir. Klik sini untuk lihat Album Gambar.





Thursday 13 June 2013

Bengkel Update Blog Sekolah dan Penggunaan 'Mail Merge' untuk Sijil

Taklimat dan bengkel telah dijalankan pada 13 Jun 2013 jam 02:30 petang di bilik Mesyuarat Utama dan disampaikan oleh En. Abdul Aziz B Abdul Rahman kepada warga SMK Majidi Baru 2.







Semoga taklimat dan bengkel tersebut dapat memberi manafaat kepada semua pihak.


Wednesday 12 June 2013

MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada 22 Jun 2013 (Sabtu) bermula jam 7.30 am.

KURSUS BAYU MOTIVASI PELAJAR KANAN TINGKATAN 4

Semua pelajar Tingkatan 4 SMK Majidi Baru 2 dikehendaki hadir Kursus Bayu Motivasi Pelajar Kanan Tingkatan 4 yang akan diadakan pada 14 Jun 2013 (Jumaat) - 15 Jun 2013 (Sabtu). Kursus bermula pada jam 2.30 petang hari Jumaat.